Wednesday, August 12, 2009

Ayat Seribu Dinar ~ TAQWA


" Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

At-Talaq: 2-3

Seruan Taqwa telah dinyatakan di dalam Al-Qur'an surah At-Talaq ayat 2-3 di atas. Berdasarkan sejarah, ayat ini terkenal dengan panggilan ayat Seribu Dinnar; suatu nama yang merujuk kepada seorang saudagar yang bermusafir dan membeli ayat ini dengan seribu dinar dan mengamalkan ayat tersebut telah selamat dari musibah yang berlaku dan dikurniakan rezeki yang banyak oleh Allah Ta'ala.

Ayat ini mengetengahkan aspek penting di dalam menjalani kehidupan ini - Taqwa kepada Allah, Tauhid & Aqidah Kekuasaan Allah, Rezeki Pemberian Allah, Masalah Hidup Dugaan Allah, Tawakkal kepada Allah, Kecukupan pemberian Allah dan Qadha dan Qadar ketentuan Allah.

Maka jalani kehidupan ini di atas Asas Aqidah kepada Allah yang maha Esa dan Taqwa.

Pedagang, usahawan, pekerja, petani dan sebagainya yang berusaha untuk mencari rezeki akan berdepan dengan pelbagai cabaran, halangan dan dugaan. Tugas insan adalah untuk berusaha sebaik mungkin (iaitu berlandaskan konsep TAQWA - kerana di sisi Allah TAQWA adalah yang terbaik). Allah sudah berjanji di dalam ayat di atas bahawa dengan TAQWA (berusaha) dan KeImanan, Allah akan memberikan jalan keluar kepada masalah rezeki dan memberikan kecukupan. Bukankah Allah yang menetapkan Qadha dan Qadar. Justeru berasa amanlah dan tenteramlah hati dan diri kita melalui jalan Keimanan dan Ketaqwaan.

Tepuklah dada kita dan tanyalah Iman dan Taqwa...

No comments:

Post a Comment